Sunday 21 March 2021

Lee Zii Jia telah berjaya merampas Kejuaraan

 Ketangkasan Lee Zii Jia telah berjaya merampas kejuaraan yang dipegang oleh Viktor Axelson dalam YONEX All England Open Badminton Championships. Sebelum ini, Viktor Axelson telah menjuarainya pada edisi 112 tahun 2020 menentang Chou Tien Chen, Chinese Taipei. Aksi final ini telah berlangsung di Utilita Arena Birmingham yang telah mempamerkan perlawanan yang dramatik antara kedua-dua pemain tersebut apabila perlawanan mereka telah di lanjutkan ke set penentuan.


Sumber gambar : HSBC BWF World Tour https://bwfworldtourfinals.bwfbadminton.com

Perlawanan yang amat dramatik pada set pertama antara Lee Zii Jia menentang Viktor Axelson dengan mata kemenangan yang saling berganti. Akhirnya, dengan semangat yang tinggi telah diberikan dan ditunjukan oleh Lee Zii Jia, beliau telah berjaya merakam kemenangan dengan mata 30-29 ke atas pihak lawan dari Denmark iaitu Viktor Axelson.

Set kedua menyaksikan perlawanan yang mendebarkan penyokong dari Malaysia yang akan menentukan kejuaraan dapat dimiliki atau berlangsung ke set penentuan. Namun nasib yang baik telah menyebelahi pemain dari Denmark itu, Viktor Axelson telah memenangi set kedua dengan mata 22-20.

Set ketiga berlangsung yang akan menentukan kemengan yang akan dimiliki telah beraksi dengan baik. Namun pemain dari Malaysia, Lee Zii Jia tampil dengan lebih semangat dan berkeyakinan tinggi apabila tidak memberi ruang bernafas buat pemain Denmark, Viktor Axelson. Dalam set penentuan ini Lee Zii Jia telah berjaya merampas kejuaraan dengan mata kemengan yang mudah 21-9.




Kemenangan Lee Zii Jia yang telah berjaya menamatkan penantian Malaysia selama empat tahun yang ditunggu-tunggu bagi mengungguli kejuaraan perseorangan lelaki selepas kali terakhir yang telah berjaya menjurainya Datuk Lee Chong Wei pada tahun 2017. Lee Zii Jia juga sekaligus telah berjaya menamatkan dendam beliau terhadap pemain Denmark, Viktor Axelson sejurus tewas ketika aksi separuh akhir edisi tahun lalu yang telah mempamerkan kemenengan dimiliki oleh Viktor Axelson.


Monday 15 March 2021

KELEBIHAN MEMILIKI WEBSITE

9 KELEBIHAN MEMILIKI WEBSITE
1. Kredibiliti dan kepercayaan: Website mencipta gambaran positif tentang bisnes kita. Orang lebih percaya pada bisnes yang mempunyai website.
2. Emel brand: Dengan mempunyai website kita boleh memiliki alamat emel sendiri yang menaikkan nama brand kita.
3. Menarik customers baru: Dengan mempunyai website kita dapat menarik lebih banyak customers baru yang datang dari carian di Google.
4. Showcase produk: Di website kita dapat pamerkan produk dan servis kita secara yang lebih profesional dan meyakinkan.
5. Customers target: Kita dapat terbitkan informasi yang penting tentang produk dan servis kita. Itu membolehkan kita mendapatkan customers yang menjadi target untuk bisnes kita.
6. Reviu dan kredential: Kita boleh terbitkan reviu dan testimoni dari pakar-pakar dan pertubuhan yang mempunyai autoriti dan dipercayai ramai.
7. Menang dalam persaingan: Website dapat meletakkan bisnes kita di barisan depan. Ini khususnya apabila pesaing kita belum membina website mereka. Apabila orang mencari maklumat, mereka jumpa website kita.
8. Visibiliti: Tanpa website orang tidak nampak bisnes kita. Apabila mereka membuat carian dalam internet, mereka tidak jumpa kita.
9. Capaian yang cepat: Pada masa ini CEPAT lebih penting daripada CANTIK. Tidak mengapa andainya website kita kurang cantik, yang lebih penting ia cepat muncul.
Dalam digital marketing, website adalah komponen paling penting. Duit yang dilaburkan dalam website yang bagus adalah duit yang dilaburkan dengan bijaksana.

Guitar Acoustic